ASSALAMUALAIKUM

...........Sekeping foto menceritakan seribu makna............
jangan lepaskan peluang untuk merakamkan saat-saat indah dan manis anda dengan perkhidmatan kami.

Coretan



     Masa aku hadiri satu majlis kahwin sahabat aku baru-baru ini aku duduk semeja ngan seorang yang boleh aku gelarkan abang. Dalam borak2 tu dia ada sentuh pasal photografi kahwin :) dia bising katanya adiknya amik pakej kahwin sampai beribu2, membazir katanya!! Dia cakap sepatutnya RM500 je dah cukup, duit lebih boleh buat benda lain. Aku senyum je. Aku tak bagitau akupun wedding photographer,hehe.


     Kali ni aku nak kongsi sebab kenapa perlu hire photographer yang baik dalam sesebuah majlis perkahwinan. Aku taknak berdebat ngan dia masa tu takut dia tumbuk aku plak, dahla badan dia besar gila,haha.


     Kalau tengok budget untuk kahwin secara kasar; catering RM20,000 , baju kahwin+mak andam+pelamin RM2,000 – RM5,000, brg hantaran RM3,000, goodies RM2,000 dll. Semua benda tu kalau korang perasan takde satupun yang kekal sampai seminggupun. Hanya gambar/video kahwinlah satu-satunya memori yang boleh ditatap sampai berpuluh tahun. Tetapi investment untuk itu selalu berada dalam list2 akhir dan dipandang remeh kebanyakkan pasangan.


     Aku pernah jumpa orang yang beli kek kahwin sampai harga RM500 bertingkat2, sewa gaun cantik gila dengan harga beribu2. Tapi bila tanya dia, photographer rasmi(OP) majlis tu pakcik dia yang sponsor. Dia tak bayar satu senpun sambil tersenyum bangga. Sekali tengok hasil sangat menyedihkan sampai diapun menangis depan OP tu. Pastu dia tak pernah tunjuk album tu kat sesapa lagi. Salah siapa?


     Perkahwinan ni banyak moment2 yang ceria. Sesuatu yang sangat indah untuk dikenang pada masa hadapan. Kalau pilih photographer yang baik, biasanya detik2 penting seperti itu dapat dirakam dengan baik. Hasil kerja dan bayaran setiap phographer ni berbeza mengikut kemahiran mereka. Sebab tu ada orang2 kaya sanggup bayar sampai puluhan ribu untuk servis photography hanya untuk dapatkan gambar yang berkualiti. Kenapa dia tak hire orang yang tawarkan pakej RM500 je. Kan lebih murah dan menjimatkan?


     20 tahun lepas; pakej mak andam+pelamin cuma RM300 sekarang dah cecah RM2,000. belanja kahwin dulu RM500 sekarang dan lebih RM8,000, harga emas dulu RM20-RM30 je sekarang dah RM120 satu gram, 50 gram?. Untuk khidmat jurugambar plak dulu RM300, tupun jurugambar cina yang datang rumah bawak lampu besar gedabak dan amik gambar atas pelamin je. Sekarang dengan macam2 event (nikah+berinai+bersanding) sampai 2-3 hari siap outdoor lagi takkan cuma budget RM500 je?? Makin teruk dari zaman dulu nampaknya,huhu.


     Kesimpulannya, bagi aku gambar kahwin ni juga adalah satu pelaburan. Baju pengantin yang lawa, makeup yang cantik serta persiapan majlis yang gempak pun tak memadai kalau takde siapa yang merakamkan detik2 penting tu. Sebab makin lama kenangan tu akan pudar ditelan masa.


     Pernah bayangkan tak satu hari nanti, bila dah tua duduk kat kerusi malas. Anak-anak semua dah besar dan tinggal berdua ngan isteri, antara perkara berharga yang boleh dikenang bersama ialah mengimbas kenangan masa kahwin dulu sambil melihat album kahwin bersama-sama.


     Masih boleh tergelak dengan peristiwa berpuluh2 tahun dulu ketika muda remaja. Ketika kulit masih licin, gigi masih ada, badan masih kuat dan masih kurus,hehe. Anak2 dan cucu pun boleh mengusik kita dari gambar2 tu. Benda camtu adalah ‘precious moment’ yang takkan dapat diulang semula. Benda tu hanya boleh diperolehi dengan pelaburan sekali je seumur hidup yang masih ramai tak ambil peduli :)